Aplikasi Maqasid Shariah dalam Menangani Cabaran Isu Pemikiran Kontemporari
DOI:
10.17576/ebangi.2025.2201.42
Publication Date:
2025-03-01T05:08:12Z
AUTHORS (5)
ABSTRACT
Artikel ini membincangkan aplikasi Maqasid Shariah dalam menangani cabaran isu pemikiran kontemporari. Maqasid Shariah merujuk kepada tujuan utama hukum syarak itu diadakan. Ia juga bertujuan untuk memastikan bahawa segala peraturan dan hukum dalam Islam membawa kebaikan serta manfaat kepada manusia. Maqasid Shariah merangkumi penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Kesemua elemen Maqasid Shariah sebenarnya memainkan peranan penting dalam mengimbangi perubahan sosial, budaya, dan pemikiran moden. Ini kerana di era kontemporari, pelbagai bentuk aliran pemikiran telah wujud seiring dengan perubahan dunia sains dan teknologi moden. Objektif kajian ini memfokuskan peranan Maqasid Shariah dalam pemikiran Islam moden, seterusnya peranan Maqasid Shariah sebagai medium untuk menangani isu pemikiran masakini seperti liberalisme, sekularisme, pluralisme dan krisis moral. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif. Data dikumpulkan melalui tema Maqasid Shariah serta tema isu-isu semasa. Data kemudiannya dinilai kandungan dan dianalisis. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penerapan Maqasid Shariah dapat menjadi kerangka yang berkesan dalam membentuk dasar dan pendekatan yang relevan untuk menyelesaikan cabaran pemikiran kontemporari. Artikel ini turut mencadangkan langkah strategik untuk meningkatkan kefahaman dan pengamalan Maqasid Shariah dalam kehidupan masyarakat madani serta moden.
SUPPLEMENTAL MATERIAL
Coming soon ....
REFERENCES (0)
CITATIONS (0)
EXTERNAL LINKS
PlumX Metrics
RECOMMENDATIONS
FAIR ASSESSMENT
Coming soon ....
JUPYTER LAB
Coming soon ....